Petua Imam As-Syafie'

ditaip Miss Butang jam 7:00 PM 6 komen

 Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas
 
 Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
 
 Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
 
 Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
 
 Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
 
  Empat cara tidur
1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
 
kalau ada sebarang kesilapan ke apa ke bagitahu ye..ilmu bermanfaat harus dikongsi ♥
kali ni tak tahu nak letak gambar apa..jadi bagi gambar anak buah i tengah uk uk..hehe ( ´∀`)
 





Dah habis baca ke? Jangan lupa tinggal komen ◕‿◕



 

Copyright © 2017 Bello Butang. All rights reserved | Sign in, Design