Katak Bawah Tempurung Merangkak Keluar

ditaip Miss Butang jam 7:48 PM 0 komen

Assalamualaikum..hui orang kampung..wes mangan?
memandai je aku speaking jawa..hehe

Walaupun takde siapa tanya..tapi nak bagitahu juga..miss butang sekarang kerja..
cari nafkah kauuu..jangan memain..dah nampak hidup dengan serius kat situ..
tapi takde la kerja melethop kebaboomm kan..kerja part time aku kira..
tapi tempat kerja punya nama dirahsiakan..hahahahaaa~

Miss butang start berjuang 1 Disember 2012..
jadinya..harini dah hari ke-18 la kan..
haaa..minggu pertama macam nak tanggal segala skru badan..gile ah ding dong aku kerja..berdiri je..
sakit segala urat..memang tak boleh survive dah..nak berhenti sangat2 dah..
tapi cabar diri sendiri jela kan..paling koman sebulan la bro..ape barang berapa hari je..hilang la macho nanti..
10 hari pertama kerja takde cuti..memang psiko kepala hotak aku..minggu kedua baru dapat cuti..
harini pun cuti juga..hihi..sebab tu dapat hupdate ni :8)

Mula-mula masuk kerja, ada 4 orang partner termasuk aku..
tak lama tu, sorang berhenti,,sebab dia baru 15 tahun..part time kan..nak buka sekolah dah pun..yang tu comel je..hidup-hidup aku ingat dia amoi..rupanya melayu..ayah dia chinese Muslim..patut pun cute je muka..hihi

Tak lama kemudian, sorang lagi out..ni sebab berhenti dia panjang sangat nak cerita..so aku postpone..haha!! giler keji..

Maka tinggal aku tertonggeng2 dengan cik adik supervisor yang muda setahun tapi sangat la cool..ema nama beliau..

Mula-mula mintak kerja, aku macam malu tak bertepi kot..aku tenung je iklan Job Vacancy tu buat muka kesian..lepas tu, aku tak mintak kerja pun..haha..balik tangan kosong..bajet tenung lelama dapat kerja otomatik ke hoii..heh
keesokan harinya, aku gagahkan sanubari, pergi lagi sekali kat tempat yang sama..
maka aku pun senyum2 kambing..aku tengok muka si ema ni..aku boleh tanya
"awak melayu ke?"
dia terus tergelak..dia cakap a'ah..
sebab aku ingat chinese mix ke apa kan..sebab macam x melayu sangat..xpun mungkin mata aku yang tak sihat T.T
dia pun tanya la umur aku..pengalaman kerja..sekarang buat apa..bla bla bla..
dia pun mintak nombor telefon aku, nama, & umur..
tiba2 dia tanya..boleh masuk 1 Disember tak?
aku terkezut giler..
aku tanya dia "eh dah kira dapat kerja ke ni? takde bukti ke hape ke? surat ke borang ke? memang dapat ni? serius?"
wah semangat giler aku..haha..first try terus lulus..
dia pun gelak..dapat kerja la ni kata beliau lagi..
beria malu nak tanya kan..haha

Berbalik cerita tadi..tak lama lepas 2 orang tu berhenti, masuk la seorang gadis kecik molek comel2 pakai braces..hehe..sama umur dengan aku..selok aku haa dapat kawan baru..Fadzilah namanya..panggil fazi sudehh..
berlambak kot cerita dengan dia..best haaa aku..mulut tak terkawal berborak..haishhh..

Salah satu ceritanya, kelmarin..aku tanya dia
"Fazi..pernah makan ke biskut Famous Amos tu? sedap?"
dia pun dengan semangat cakap benda tu sedap..dia kata yang bau harum2 bila kita lalu kat sebelah kedai tu, bau biskut tu laaa..tengah kena masak..
aku ni makin teruja nak cuba..aku cakap la aku tak pernah makan..
kena pulak sekarang kewangan aku sangat tak mengizinkan beli sesuatu mengikut kehendak..cukup2 untuk keperluan je kan..jadi kena kontrol la nafsu makan tu haaa..
walaupun destinasi kedai Famous Amos tu sekentut je dari kedai kitorang..haha

Pastu, semalam aku tanya lagi..berapa harga benda tu kan..konon nanti gaji nak la merasa..simpan hasrat..hehe
fazi cakap biskut tu dalam RM8.00 lebih untuk 100gram..
aku pun sengih2..perangai jenis tak pasal asek nak menyengih aku ni
pastu tiba2 dia tanya..
"midah nak makan ke biskut tu?"
aku pun cakap la "haa kenapa? tanak bagitahu nak ke tak nak :p "
kitorang pun gelak2 :D
tak pasal sungguh kan kami ..

Semalam, fazi syif morning..pukul 6.30 dia gerak balik la..aku pun cakap tata la kat dia..jumpa nanti la bagai..hehe
maka tinggal la aku sensorang berdiri kat pintu masuk kedai..tempat kami selalu terpacak mengalu-alukan kedatangan pelanggan..kemain kan berlagak receptionist -..-
sedang aku syok termenung, alih2 nampak dia menuju kearah aku semula..aku pun bertanya mengapa..skema
tiba-tiba dia bagi Famous Amos Chocolate Chip kat aku satu peket!!!
haa nasib tak berkecai air mata akibat terharu T.T
Ya Allah..tak sangka hokeii..haaa rasa macam nak taip perkataan terharu seribu kali je..
dah la kali pertama nak merasa makan benda tu..alih-alih dapat tanpa diduga..memang dia punya excited tu pelik la sikit gayanya..
lagipun kitorang kan baru je kenal..kawan apa semua..diluar jangkaan sangat tetiba orang nak belanja sesuatu yang ermmm...agak bernilai pada aku..hehe..terharunya patik..sayang fazi :')

Aku sorok biskut tu dalam beg telekung..kedekut kan..haha..eh aku punya..sekatilerrr :p
balik kerja, aku duduk tenung je biskut tu..kemain gile..mengalahkan dapat hadiah daripada kekasih..haha..!!
akhirnya aku tak makan pun..
bangun pagi keesokannya, merangkap pagi tadi la kan haa..
aku pun kuatkan hati makan jugak biskut tu..haaa kauuuu..tak boleh berhenti..haha!! nasib masih sedar diri..sebelum habis, sempat bagi kat mak sikit..buat sedap tekak orang kata..orang kata ke aku yang kata? tak kisah..sama je..hoho
nasib bahek la tak lemau..syukur Alhamdulillah :')

Maka, tu jela kisahnya..hehe..
malam semalam selepas ketiadaan fazi, ada la benda yang cam haram jadi kat aku..
haduyaiii..tapi tak nak cerita boleh?? hehe..nanti2 la ye..kang orang cakap aku racist la bagai pulak..hurghh..manusia ni da la jenis suka terjah je..lemas hakuh..puii..benda dah komprem, baru aku cerita dengan penuh keterujaan okei..? ;)

Sehingga bertemu pada waktu & hari yang entah bila aku pun tak pasti..
Assalamualaikum..
yang baik ambil..yang tak senonoh sila buang dalam longkang..
jaga peribadi..hiasai diri dengan akhlak terpuji..solat jangan sesekali tolak tepi..
haaa gituuwww pantun sesuka hati :D

kejadian semalam yang aku duk tenung cookies ni..hiu hiu~


tolong fokus kat biskut..bukan kuku aku yg bersaiz gelas tu ;D








Dah habis baca ke? Jangan lupa tinggal komen ◕‿◕



Buah pelam dimakan orang ヽ( ̄(エ) ̄)ノ

ditaip Miss Butang jam 7:39 PM 6 komen

Assalamualaikum..
sihat? miss butang sihat malah gembira sekali..hehe
apa aktiviti hujung minggu?
tolonglah jangan tidur!! kita masih muda u ollss!! kemon laa..bangun2..
eh nak pergi mana tu!! duduk balik..sambung baca :8)
miss butang hari ni nak cerita pasal..ermm..pasal......

Korang ada tak baju2 yang korang macam tak sudi nak pakai?
rasanya mesti ada kan..
mungkin sebab tak suka design baju tu..warna ke..corak..bla bla bla
miss butang cerita pasal miss sendiri la ye..hihi ≖‿≖
miss butang ada satu baju ni..maxi dress..you know what is maxi dress?
alaaa yang trend sekarang orang ramai pakai..macam jubah tapi moden punya..
tapi miss butang punya ni singkat sikit..sampai betis je..
jadi miss butang suka nak buat baju tidur jela kalau dah senteng ni..
maka miss butang pakai la..
TETAPI..lepas tengok diri sendiri dalam cermin, miss butang terus salin baju lain..dan kejadian ini berterusan setiap kali miss butang pakai baju ni..tak pernah melebihi 5 minit..mesti salin balik..
apakah sebenarnya yang terjadi???!!!

Sebenarnya..sebab baju tu lengan kudung..haha
you know lengan kudung? sleeveless..nampak ketiak..haa tahu?
dah kenapanya kan..bukan bawak jalan2 pun..baju tidur je pun..dalam rumah ada mak dengan adik2 je pun..tak aurat langsung pun..ketiak je punnn....
Ini...bukan...soal....aurat....sama...sekali....
ini aku sendiri yang bermasalah sebenarnya dalam pendedahan ketiak..hoho
kalau korang yakin dengan ketiak korang tidak mengapalah..
saya tidak begitu ┐(‘~‘ )┌
ini sangat merisaukan!! urghhh!!
pernah cuba pakai dua lapis..tapi tak selesa..duhhh cerewet  (-_\)

Dah berbulan mak belikan baju tu..sayang pulak tak pakai kan..
akhirnya ilham datang!! yeah!!
miss butang alter baju tu jadi peplum..!!
you know or you don't know haa what is peplum??
peplum..say it!! dushh (。_°☆\(- – )

miss butang tunjuk sikit proses transformers ye  (´ ▽`).。o♡

okei..ni rupa asal maxi dress tu..paras betis je..dan tanpa lengan disisi
 (´Д`)

mari bentang dia atas meja bedah!! hehe


kita belah perut dia!! yeah!!


hasil pembedahan tadi digunakan untuk efek peplum..tapi sebab kain tu macam banyak, belah tengah2 lagi sekali..nanti boleh dapat 2 lapis peplum..


dah ni apahal inner neck ada kat sini ni??


jeng jeng!! dah siap!! tiba2 je kan..haha..peplum double layer..double decker pon moleh..ikut korang panggil apa


nampak tak tu??


tu..nampak x? ketiak dah tak terdedah lagi!! haha!! yeay!! kita guna inner neck yang sesat tadi tu :D


selamba la kan lengan lain sebelah warna..kata trendy..hoho..

ni bahagian belakang :)

okei..nampak tak?
hihi..seronok alter2 ni..haaa nak jadi tukang jahit jugak la tu  (¬‿¬)
adakah rasa membazir sebab mengorbankan 2 inner neck demi menutup ketiak??
naaayyyy..tidak sama sekali..sebab inner neck tu pun miss butang jarang pakai jugak sebab ketat giler sampai terjerut anak tekak aku ni haahh!! emo
jadi daripada dia bersawang, baik kita lengankan dia \( ` ∀´)/

miss butang tak buat tutorial betul2 pun ni..nanti panjang sangat pulak nak berceritanya..
lagipun memang tak gagah nak ajar orang..
i pun budak hingus hijau lagi dalam bidang menjahit ni you (  ゚,_ゝ゚)

makanya..cukup sampai disini sayaaaangg~ *nyanyi*
okei lah..jaga diri u olls..
i rajin i hapdet lagi la ye..i tak rajin, jumpa next year la pule..ewah mcm pantun berirama pulak..
makanya lagi sekali..selamat beramal & tidak membazir..hehe..
Assalamualaikum..
haa jawab la..wajib ni..emo







Dah habis baca ke? Jangan lupa tinggal komen ◕‿◕



Padamu Ku Bersujud

ditaip Miss Butang jam 2:36 PM 2 komen

Assalamualaikum :)
dah lama tak update kan..
almaklum artis memang cenggini ler gayenye..kekeke mohon telan kembali muntah ke dalam tekak (─‿‿─)

Hari ni..Jumaat..pagi-pagi lagi dah dikejutkan dengan lagi satu berita yang memang tak nak dengar..tapi sampai jugak kat telinga :)

Ujian Allah Taala sememangnya didatangkan dalam pelbagai bentuk..
tugas kita sebagai hamba hanyalah berusaha mengharungi segala ujian itu..kan? ;)

Kita selalu dengar..Allah datangkan ujian kepada hambanya kerana sayangkan hambanya :)
ada yang pernah bertanya..kalau sayang, kenapa bagi ujian, kesusahan, sesuatu yag membebankan untuk ditanggung oleh seseorang..??
Sudah menjadi fitrah manusia..apabila mengalami kesusahan, kita akan mencari orang yang mampu menghulurkan bantuan..dan sekiranya terlalu berat untuk dipikul, apa yang kita akan pohon hanyalah ketenangan dan kekuatan hati bagi mengharungi dugaan..dan ketenangan serta kekuatan itu hanya Allah sahaja yang mampu memberi kepada kita :)

Nampak tak kat situ? apabila kita dalam masalah, akhirnya kita tetap akan kembali kepada Pencipta kita..kita akan ingat kembali kepada Allah..
kalau kita tak ditimpa masalah, kita akan terus bahagia dengan dunia kita dan terus jauh daripada Allah..
Disitulah kasih sayang Allah..Allah kirimkan ujian kepada kita supaya kita kembali mengingati Allah..supaya kita mendekati Allah :)

Sebagai manusia..kita memang akan membenci kepada orang yang mendatangkan masalah kepada kita..mungkin bos ke buat pe'el kat pejabat..kawan ke buat dajal..orang keliling menganiaya kita ke..macam2 kan masalah yang datang drpd sesama manusia..tapi bila pikir secara teliti, mereka hanyalah PENGANTARA antara kita dengan kasih sayang Allah :)

Hehe..secara logiknya kita kena terima kasih kat pembawa masalah ni sebab pikul tanggungjawab sebagai watak penjahat dalam hidup kita..tapi, kesah pulak aku nak terima kasih kat kau ;D

Dulu masa belajar, ustaz pernah cakap..Hidup kalau menyusahkan orang, lebih baik kau pegi mampos..haha kasar bahasanya ye..tapi memang betul pun..orang yang selalu menyusahkan orang lain, hidup tak membawa kebaikan kepada orang lain, Allah benci kepada golongan ini..kalau Allah pun da benci, apa lagi yang kau ada la brader..'opso' bak kata orang korea :)

Jadi, berusaha lah dalam membantu orang keliling..bukan membebankn lagi..reti? :)
mungkin kerana sikap pentingkan diri kau sorang, orang lain terpaksa menanggung kesengsaraan..
contohnya kau kena hantar borang hari ni..tapi kau sengaja lengah2 hantar esok..kalau kau hantar hari ni, orang dalam pejabat boleh proceed cepat..betul tak? tapi sebab syaitonirrajim dalam diri kau yang menebal, kau malas..bila kau malas, kau tangguh2..maka orang kat pejabat pun tertangguh juga..nampak tak permainan dia kat situ? haa jangan membebankan orang..itulah kesimpulannya ^^

Cermin diri, hiasi peribadi, hargai apa yang dimiliki :)
Afgan nyanyi untuk pembaca sikit..hehe













Dah habis baca ke? Jangan lupa tinggal komen ◕‿◕



Kenapa Terasa..?? :)

ditaip Miss Butang jam 4:21 PM 2 komen

Assalamualaikum :)
rajin pulak update kan..heh
semalam, 17 mac 2012..miss butang pergi east coast mall..
tujuan utamanya pergi situ nak hantar si wani beli barang dia..dan jumpa kawan miss butang..

Lepas parking kereta, terus turun menuju jamban kerana.....tangki penuh..eh..
keluar je jamban, syiiuuuuuuu..seorang lelaki hulur tote bag..tau..?? alaaaa beg yg sekarang da banyak jual demi hari sabtu..ahahhhhh..x dpt tangkap lg..?? beg yang..ah gugel la -,-

Lepas tu..miss butang dengan senyum manisnya cakap tak nak..then, dia cakap 'amik la kak..free je'
malas layan punya hal, miss butang pun amik je..tiba-tiba terus dia macam tarik beg tu, maknanya dengan gue sekali la tertarik kan..boleh imagine x di situ..?? x boleh sudah..huh..ceh emosi :p

Lepas tu miss butang pun dengan cambest cakap kuat-kuat 'oii..benci betul la..amik la balik..tak nak'
nama pun lelaki pesen kurang asam..dia terus cakap 'ala akak..tulis slogan je..boleh ye..sekejap je'
miss butang pun..ikut jela..kah kah..macam cacat je kan..apasal x lari je..tapi itu la..miss butang macam kesian kat dorang..tau dia berusaha nak promote barang kedai dia..jadi layankan lagi..heehh

Lepas tu..duduk kt kerusi..dia pun bagi kertas, ada la ruang tempat tulis slogan..
lepas tu..tulis la nama,no tepon,ic,dan alamat juga..lepas tu ada 3 soalan lain kt bawah tu..
agak lama memikirkan slogan tersebut ye kalian..konon-konon slogan tu, kalau best, dorang amik buat slogan dorang officially..konon nak cari 5 slogan best..3 da dapat..tinggal 2 je dorang nak cari..pemenang 5 orang ni nanti dapat la hadiah produk kedai dorang..

Lepas tu, dorang amik la induction cooker..versi ada 2 stove je..harga RM700+
ala dapur yang pakai karen tu..konon letak tangan, tapi x panas..dia punya permukaan made of ceramic..bawah dapur tu ada cooler..alohh macam cooler pad laptop tu..keh..
sebulan, dapur tu guna karen RM17+ je..konon jimat la dari guna tong gas kan..heh..seriously..?? guna tong gas, tahan 2 bulan, RM20+ ..so..mana lagi jimat..?? kira sendiri ye :D

Haa..dia tunjuk dapur tu sebab tadi dalam kertas tu ada 3 soalan kan..ada la soalan pasal induction cooker tu..disitu la..ilmu-ilmu bakal dicurahkan..keh..tapi soalan dia :

1.pandangan tentang induction cooker..mesra alam x..??
   
2.pandangan tentang harga induction cooker..berpatutan x..?? selamat untuk keluarga x..??

3.pandangan tentang layanan staff syarikat dorang..??

Heh..gue pun jawab dengan cemerlang..lepas tu siap la kan..dia bagi balik tote bag tu..tapi berkedut-kedut..miss butang demand okei..da la guna cara kotor tadi tarik orang.. 'Nak beg lain..buruk tu..tak nak :D'
dorang pun amik beg baru..lepas tu ada la kertas dalam tu..voucher la konon..bila bukak, ada gambar 4 produk dia..sume yang hebat la..induction cooker tapi versi 3 stove..yang harga RM3000+ ,vacuum cleaner,water filter, pastu ape tah lagi satu..heh..tetapi,konon disebabkan miss butang dpt voucher tu, miss butang bayar RM3999 je then dapat 4 barang tersebut..wahh!! awesome kan..kah2..

Sebenarnya..voucher dorang seharusnya terdiri daripada 3 barang je..tapi yang miss butang dapat, 4 barang kan..jd SPECIAL la !! staff dia semangat tepon konon-konon bos dia yang paling besar, untuk mengesahkan keistimewaan itu :D konon lepas tu bos dia nak cakap sendiri dengan miss butang..ewahh..
tapi kan..bila bos dia cuba nak cakap, staff dia ni ada la 3 orang keliling miss butang, menyanyi kuat2 yang tahap sumbang tu..sengaja la senang citer dorang ni buat bising -,- tapi..there is a moment..bila dorang bercakap, suara dorang dapat didengari melalui tepon yang miss butang sedang on call dengan si bos tu..haha!! korang paham kan..?? maksudnya, BOS BESAR tu ada dalam kedai tu jugak..keh2..apahal sampai nak cakap dalam tepon kalau ada dalam tempat yang sama..?? apasal..?? pelik kan..haha..
penat okei nak pura-pura jadi orang bodoh depan dorang..berlakon jadi orang tertipu..heh..

Lepas tu, dorang mintak ic..konon tak percaya alamat yang miss butang tulis atas kertas mula-mula tu..
pastu nak tengok kad ATM gue..apedehal ni der..?? heh..dorang cakap, kalau nak barang 4 jenis tadi tu, boleh hutang melalui bank..no interest..cewah..2 tahun bayar..hehe..

Miss butang dengan selamba cakap 'kalau saya tak nak..??'
terus  berubah muke dorang..hoho!!
'Kalau akak tak nak, kitorang tak rugi..akak yang rugi..'
cehhh tak rugi konon..padahal muke masing-masing dah nak nangis sebab gue tak menghargai peluang spesel tu ;D
lepas tu..dia konon cuba nak tepon bos dia lagi..konon dia cakap miss butang ni spesel sangat dapat voucher tu..miss butang da terpilih jadi duta kedai dorang..WHAT THE?? duta..?? muke ni duta..?? haha!! ;D konon sume cakap nak tangkap gamba dengan miss butang..duta la katekan..pecah tak pecah usus gue gelak kat situ..dia cakap, sebab miss butang da jadi duta, dorang nak try pujuk bos tu, bagi separuh harga dari RM3999 tadi tu..hahah!! nonsense..!! pathethic..!! ;D tak nak kalah tu..orang da cakap tak nak kan tadi..degil..
yang x tahannya, once dia call bos dia, someone's phone is ringing behind them..berebut dia letak call dia..
kantoi ke bang..?? B-)

Lepas tu tepon dia bunyi..bos dia tepon la konon..pastu dia suruh miss butang cakap sendiri dengan bos dia lagi sekali..
miss butang pun cakap 'hentikanlah usaha anda..saya tak nak beli..murah pun tak nak..ni bukan keperluan saya :) tak baik tau buli saya..tak baik mempermainkan anak yatim'
dorang pun..again..blur..kih kih kih ;D
dorang pun berjemaah cakap 'akak!! dosa tau tipu..tuhan marah..sampai hati akak cakap kitorang tipu..esok saya berhenti kerja la macam ni..sedih saya'
miss butang pun..'okei la..boleh saya pergi..?? :) haa lagi satu..saya tak cakap pun korang menipu..memang saya yang tak nak beli barang ni..duit saya bukan untuk beli semua ni..nanti kawen baru saya beli ye..'

miss butang pun keluar kedai sambil sengih-sengih..heheh..tiba-tiba je terasa ye dak..orang tak cakap pun dia menipu walaupun memang da nampak sangat penipunya jah oii!!

yeaahh..mungkin muke miss butang macam orang bodo..muke senang ditipu gitu..tapi muke jela kan..keh ;D
seronok juge main-main macam ni..tengok muke usaha dorang..lagi satu..dapat jugak ilmu sikit tentang induction cooker tu..ada cooler, ceramic bagai..heh..x terpikir nak beli..

kalian..jangan mudah tertipu okei..memang kedai dorang nampak sangat berjaya dan staff peramah..tapi..plisss..dalam dunia ni..takde benda yang free :) percayalah..sedangkan nak dapat pahala pun kena buat baik dulu ;)

kejadian berlaku di Kuantan..nama kedai di rahsiakan :D
okei jaga diri..jangan ikut orang tak dikenali..hehe  ʘ‿ʘ






Dah habis baca ke? Jangan lupa tinggal komen ◕‿◕



Iringi Pemergian Dengan Senyuman :)

ditaip Miss Butang jam 5:44 AM 6 komen

Assalamualaikum..eheh..miss butang is back..
seronot tengot blot sendirit dah berubah :D
bukan buat sendiri..opkos la seronok gila kambeng iye dak..bukak2 je, da berubah wajah..huahua :8'D

Back to the pangkal jalan :)
31 jan 2012 yang lepas..
Allah sekali lagi memberi ujian kepada kami sekeluarga :)
jam 11 pagi..handphone's ringing..pop up nama ayah..
hati terdetik.. 'Ayah..?? telefon pagi2..??'
sememangnya ayah sangat jarang telefon anaknya ini..jadi hati macam semacam..sebab terus teringat, sebelum ni ayah tepon, menyampaikan berita ni..hati menjadi sangsi..tapi angkat jugak la kan..
suara umi..
'aik?'

fatin..tengah buat apa..??
menjahit je umi..hehe
mak mana..??
mak..?? ada je kat dapur..
oh..umi tepon mak tapi tak dapat..dah tau..??
heh..tau ape..??
tak tau..??
..?? tau ape ni..???
ayah..accident..

Hati masa tu macam kena sambar petir..dah tergamam..terus lari pergi dapur, bagi handphone kat mak..sempat bagitau mak yang ayah accident sebelum mak cakap dengan umi..mak terus menangis..
tangan mak menggigil..masuk semula kat bahagian ruang tamu rumah..abang mi baru bangun..

abg mi..ayah accident..
Astaghfirullahala'zim..habis nak pergi hospital..??

Lepas tu terus mak suruh abg mi bersiap, pergi hospital..miss butang duduk rumah jaga maimunah..
air mata mengalir berterusan..gagahkan hati sujud dan berdoa kepada Dia yang telah mengetahui apa yang bakal berlaku..jam hampir pukul 3 petang..mak telefon akhirnya..

Fatin....
baca apa-apa doa yang patut..
ayah da meninggal ~

Bagai tersekat nafas di tekak..terdiam seribu bahasa mendengar suara mak yang sangat tenang..mencari kekuatan membaca Surah Yaasiin untuk ayah tersayang walaupun bacaan disulami dengan aliran air mata..

The rest, i'll keep as my own memory :)
sekadar mahu berkongsi..bukan menagih simpati sama sekali..hargai yang tersayang sebelum mereka dijemput pulang..walau macam mana pun, miss butang bersyukur kerana Allah menjemput ahli keluarga kami seorang demi seorang..tidak sekaligus seperti mereka yang kita dengar dalam berita yang kemalangan dan meninggal 3 orang atau 4 orang terus ahli keluarganya..Allah mengetahui kekuatan setiap hamba-Nya :') walau apa pun situasinya, ujian diberikan kerana Allah sayangkan hamba-Nya..Allah mahu kita kembali mengingati asal-usul kita..kerana sememangnya fitrah manusia akan mengingati Allah apabila ditimpa kesusahan :)

Ayah seorang yang terlalu simple..sehingga orang yang ayah tolong pun akhirnya tergamak mengkhianati dan memfitnah ayah..tetapi ayah cuma cakap 'takpelah..kita doakan semoga dia kaya dan dia takkan kembali kepada keluarga kita dah :)'
ayah..semoga kehadiran ayah diterima seisi alam dan makhluk Allah..semoga segala kesusahan dan keperitan ayah didunia akan dibalas dengan kemanisan syurga :') 
Fatin sayang ayah sangat2 :') dengan izin Allah, kita akan berjumpa suatu masa yang telah Allah tentukan  nanti ^^ 


(づ ̄ ³ ̄)づ ♡
 






Dah habis baca ke? Jangan lupa tinggal komen ◕‿◕



 

Copyright © 2017 Bello Butang. All rights reserved | Sign in, Design