Padamu Ku Bersujud

ditaip oleh Miss Butang jam 2:36 PM


Assalamualaikum :)
dah lama tak update kan..
almaklum artis memang cenggini ler gayenye..kekeke mohon telan kembali muntah ke dalam tekak (─‿‿─)

Hari ni..Jumaat..pagi-pagi lagi dah dikejutkan dengan lagi satu berita yang memang tak nak dengar..tapi sampai jugak kat telinga :)

Ujian Allah Taala sememangnya didatangkan dalam pelbagai bentuk..
tugas kita sebagai hamba hanyalah berusaha mengharungi segala ujian itu..kan? ;)

Kita selalu dengar..Allah datangkan ujian kepada hambanya kerana sayangkan hambanya :)
ada yang pernah bertanya..kalau sayang, kenapa bagi ujian, kesusahan, sesuatu yag membebankan untuk ditanggung oleh seseorang..??
Sudah menjadi fitrah manusia..apabila mengalami kesusahan, kita akan mencari orang yang mampu menghulurkan bantuan..dan sekiranya terlalu berat untuk dipikul, apa yang kita akan pohon hanyalah ketenangan dan kekuatan hati bagi mengharungi dugaan..dan ketenangan serta kekuatan itu hanya Allah sahaja yang mampu memberi kepada kita :)

Nampak tak kat situ? apabila kita dalam masalah, akhirnya kita tetap akan kembali kepada Pencipta kita..kita akan ingat kembali kepada Allah..
kalau kita tak ditimpa masalah, kita akan terus bahagia dengan dunia kita dan terus jauh daripada Allah..
Disitulah kasih sayang Allah..Allah kirimkan ujian kepada kita supaya kita kembali mengingati Allah..supaya kita mendekati Allah :)

Sebagai manusia..kita memang akan membenci kepada orang yang mendatangkan masalah kepada kita..mungkin bos ke buat pe'el kat pejabat..kawan ke buat dajal..orang keliling menganiaya kita ke..macam2 kan masalah yang datang drpd sesama manusia..tapi bila pikir secara teliti, mereka hanyalah PENGANTARA antara kita dengan kasih sayang Allah :)

Hehe..secara logiknya kita kena terima kasih kat pembawa masalah ni sebab pikul tanggungjawab sebagai watak penjahat dalam hidup kita..tapi, kesah pulak aku nak terima kasih kat kau ;D

Dulu masa belajar, ustaz pernah cakap..Hidup kalau menyusahkan orang, lebih baik kau pegi mampos..haha kasar bahasanya ye..tapi memang betul pun..orang yang selalu menyusahkan orang lain, hidup tak membawa kebaikan kepada orang lain, Allah benci kepada golongan ini..kalau Allah pun da benci, apa lagi yang kau ada la brader..'opso' bak kata orang korea :)

Jadi, berusaha lah dalam membantu orang keliling..bukan membebankn lagi..reti? :)
mungkin kerana sikap pentingkan diri kau sorang, orang lain terpaksa menanggung kesengsaraan..
contohnya kau kena hantar borang hari ni..tapi kau sengaja lengah2 hantar esok..kalau kau hantar hari ni, orang dalam pejabat boleh proceed cepat..betul tak? tapi sebab syaitonirrajim dalam diri kau yang menebal, kau malas..bila kau malas, kau tangguh2..maka orang kat pejabat pun tertangguh juga..nampak tak permainan dia kat situ? haa jangan membebankan orang..itulah kesimpulannya ^^

Cermin diri, hiasi peribadi, hargai apa yang dimiliki :)
Afgan nyanyi untuk pembaca sikit..hehe














Dah habis baca ke? Jangan lupa tinggal komen ◕‿◕

2 komen:

NadNod said...

kesimpulannya, hidup jangan menyusahkan org :P

Miss Butang said...

ya..itulah yang cuba disampaikan disini ;D

Post a Comment

Butang golek-golek