Assalamualaikum..
8 Mac 2014
Banyaknya perkara penting jadi hari ni.
Selamat Hari Wanita buat semua wanita Solehah bakal bidadari Syurga Allah :)
Selamat Hari Wanita buat semua wanita yg sedang beusaha menginjakkan hidup ke tahap yang lebih beriman dalam sisa hidup ini, seperti saya..hehe
Selamat Hari Wanita buat wanita-wanita yang sering merasakan hidup ini tidak adil kepada mereka. Rujuk semula hati kita :)
Selamat Hari Wanita buat mak-mak yang telah banyak memikul tanggungjawab sehari-hari demi melindungi anak-anak daripada anasir luar yang semakin membimbangkan saya kira. Budak kecik pun dah pandai main cecium ni heiiiisshhh..Tak lawak langsung -..-
Selamat Hari Wanita kepada wanita-wanita sejati. Pondan excluded.
8 Mac 2014
Harini saya & staf Neda (butik tempat saya kerja sekarang) dihantar oleh bos kami untuk mengikuti kelas menjahit jubah. Terima kasih Kak Aida :)
Maka, semasa kami sedang makan tengahari di restoran berhampiran, tv terpasang cerita Korea yg dialih bahasanya menjadi Melayu..jahaha..
Tengah geli-geli hati dengar pengalihan bahasa yang macam suara Oshin tu, kami terpana apabila terbaca selingan berita di bahagian bawah skrin tentang pesawat Mas MH370 yang hilang. Pesawat yang membawa 277 penumpang & 12 anak kapal. Pesawat yang tidak mendarat di Beijing mengikut jadual yang sepatutnya.
Allah..sayunya hati dengar berita ni :'(
Saya tak dapat bayang perasaan ahli keluarga penumpang seramai itu terutamanya, dan perasaan sahabat-sahabat mereka.
Benar, kebenaran masih belum dikenalpasti.
Tapi, ketidakpastian itu lebih membengkakkan hati yang menanti.
Ye. Saya pernah mengalami situasi ini saat mengetahui Allahyarham ayah saya terlibat dalam kemalangan.
Selagi ada harapan, doa dipanjatkan kepada Illahi.
Walaupun jauh disudut hati, naluri kuat mengatakan aku harus tabah menghadapi badai yang bakal menerjah hati.
Saya percaya rakyat Malaysia sedang bersama-sama menadah tangan memohon keselamatan saudara-saudara kita ini. Tanda hati kita belum mati. Apabila doa dipanjatkan buat insan yang tidak dikenali tetapi rasa sayang wujud dalam hati. Teruskan berdoa. Diberi keselamatan. Andai ini penghujungnya, doa dipohon mereka yang terlibat diberi kekuatan yang berpanjangan. :'( Allahu Rabbi..Aamiin..
8 Mac 2014
Ulangtahun hari kelahiran salah seorang sahabat saya yang baru bertemu 3 kali tak silap saya ..
Selamat Hari Lahir Harina :)
Tahun ni takde hadiah. Maafkan midah ye buntat. InsyaAllah ada rezeki, dilain masa. Hee
Semoga Allah merahmati perjalanan hidup yang tersisa ini :)
Semoga bahagia terus dikecapi didunia & akhirat.
Terima kasih sebab sayang midah. i can feel that. ewaahh gatal sgt ayat :p
Selamat Hari Lahir ke-23.
Semoga menjadi muslimah yang terus berbakti kepada ibu bapa & menjalankan amanah Allah dan Rasulnya ;) me love you.
Haaa nah iphone..kikiki rembat kek orang lain demi riena :D |