From My Sight Part 1

ditaip Miss Butang jam 10:47 PM 1 komen

Assalamualaikum :)
Wah2..
Berzaman ni tak update blog :D
Haha..setiap kali pun, intro entry mesti ayat ala-ala je..
Sebab dah memang jenis x berapa nak hebat menaip khennn..
Kite suka pendam..gittuuu


Entry kali ni, InsyaAllah saya akan cerita pasal musibah yang baru melanda saya & seluruh warga Kuantan..
BANJIR u olls..


Saya & keluarga sudah menetap di perumahan Sungai Isap sejak tahun 1998..
Jadi, dalam tempoh 15 tahun tu, hanya 2 kali rumah saya x dilanda banjir..
Annual Activity sangat kan :D
Disebabkan dah terlalu kerap, tidaklah menjadi masalah yg terlalu besar untuk kami bersedia dari segi mental & fizikal..
Kebanyakan rumah di perumahan ni pun memang dah diubahsuai daripada keadaan asalnya bagi menghadapi banjir..
Ada yang buat dua tingkat..
Macam saya, Allahyarham ayah sempat tambah rumah extra di bahagian kanan rumah..eheh..
Rumah extra tu ditambak setinggi 5 kaki dari paras tanah..jadi untuk kaki ke-6, lantai rumah la..
Haha moga kalian paham :D
Rumah extra tu ayah cuma buat ruang tamu yang luas & satu tandas..
Obvious sangat untuk menyelamatkan barang2 sewaktu banjir melanda je :D
Takde istilah nak melaram rumah besar ke hapebenda..


Maka, segalanya bermula pada 2 Disember 2013..
Air dah mula naik kat tempat letak kereta depan rumah..
Rumah saya & sesetengah yang lain pelik sikit..biasanya, rumah kami sudah mencecah paras pinggang (dari paras tanah), rumah di belakang dapur & deretan rumah depan kami, tempat letak kereta mereka masih kering :D
Sedikit senget disitu ye rumah-rumah di Sungai Isap..ahah
Kalau dulu, sebelum adanya rumah extra ni, memang kami akan tumpang tandas jiran depan lah..kahkah :D
Berbalik pada cerita air naik..
Apabila air dah mula penuh atas jalan raya, penduduk sekitar akan mula alih kereta dulu lah..
Parking lah tepi-tepi jalan yang tinggi tu..
Sampai malam, air masih bertahan sehingga mencecah paras buku lali dalam rumah saya..
Tapi malam tu, saya dah tak berani tidur..
Melihatkan hujan yang turun tanpa henti..
Mengemas barang yang perlu..

Kalau nampak, atas jalan raya takde air lagi tapi porch rumah kami dah banjir..haha :D

3 Disember..
Hari terakhir adik saya menghadapi SPM..Bahasa Arab..
Hujan masih turun..sesekali renyai berselang-seli yang lebat..
Air di luar rumah semakin dalam..
Memikirkan bagaimana nak menuju ke kereta demi menghantar si adik dalam keadaan ini, akhirnya dia bersiap dengan pakaian sekolahnya, tapi kain tu, dia pakai kain lain dulu lah..haha :D
Pegang kasut di tangan, dan kami mengharung air yang hanya paras tulang kering pagi tu..
Dalam kereta, dia salin kain sekolahnya :)
Jalan menuju ke bandar sedikit sibuk kerana sebahagian jalan raya yang ditenggelami air..
Jalan shortcut kebanyakannya sudah ditenggelami air, jadi jalan utama menjadi tumpuan semua..
5 minit sebelum masuk dewan, kami tiba depan sekolah :D phewww panik makcik bawak kereta tau..

11A+ InsyaAllah..Aamiin Ya Allah :)

Itu pagar keliling longkang besar..eheh..dah melimpah ye sedara sedari sekalian 

Tuuuu rumah kami :D kuning2 coklat cair itu
Tak habeh lagi movieeee..
Lepas hantar si budak itu, maka saya pulang dalam hujan lebat bak windscreen disimbah2 dengan air..hampir tak nampak ye jalan :'( nak nangis dalam kereta sebab harapkan lampu belakang kereta depan je jd petunjuk arah..boleh rasa angin kuat kat luar sampai wiper kita macam cacat2 pergerakannya dek pukulan hujan & angin..
Ya Allah..masa tu dalam hati, kalau selamat sampai rumah, Alhamdulillah sangat sebab dalam perjalanan tu dah nampak 3 kereta kemalangan..
Dan memang Allah tu Maha Mendengar..tak lama tu reda segala angin badai :')
Dengan gembira, singgah laa beli sarapan untuk diri & emak sayang dirumah..
Sedap2 cedok lauk, angin tiup tudung..bersempudal habis tudung kena kuah..bahaha ;D okei ni selingan je sebab lepas ni nak sedih balik..

Lepas beli tu..dengan riang gembiranya, nak balik rumah..
Keluar je simpang..sekali tengok air dah penuh atas jalan..
Panik lagi..terfikir nak reverse kereta sebab nampak ada kereta lain belakang kita, dia terus reverse..
Masa tu jalan tu naik air dalam jarak 50 meter je..x jauh pun..seberang tu dah xde air dah..
Maknanya macam lopak yang besaaaarr jela kan..
Tengah memikir nak terus ke gostan, sekali nampak motor kapcai selamber king dia je lalu..
Ehhh lepasss jeeeee tuuu :O
Tiba2 nampak pulak myvi..Ehhhhh lepasssss lagi..
Persona insyaAllah can do it!
Dengan yakin, baca Basmallah, tekan minyak..okei lepas2..okei okei komon persona you can do it baby!
Tiba2..
Pooffff!! eeeeeekkkkkk...
Enjin mati tengah2 air..uwaaaaaa makkkkk D': wattodo!! Dah la sorang2..
Pastu rasa dah peluh dingin kat tengkuk..
Tak berani bukak pintu sebab kompom air masuk nanti..
Cek bateri henpon, tinggal 8%
Ya Allah masa tu memang pikir betul2 nak call siapa yang boleh tolong sebab cukup untuk satu panggilan je!!!!
Panik dia ibarat dari rasa nak terkencing, terus hilang begitu sahaja T.T
Boleh bayang tak ni korang..sobss..
Akhirnya tepon mak..pastu cakap 'Mak mintak tolong je siapa2..bateri Fatin tinggal 8 je ni..Fatin tunggu je..okei mak..'
thats all..
cermin makin berkabus dah tak nampak apa kat luar..
Feeling titanic sangat :'O
Tiba2 ada pakcik & isterinya naik Storm (kot)..berhenti belakang kereta kite..
Pastu dia ketuk tingkap..Dia tanya

"enjin mati ke dik?"
"A'ah pakcik..(muke seposen)"
"Pakcik try tarik keluar dari air ye..pakcik cari tempat nak cangkuk kejap..adik tunggu je dalam kereta"

Ya Allah! nak menangis tahuuuu..tsskkk tsskkk..
Masa enjin mati, tak rasa nak nangis..tapi bila ada orang baik ni, hati kita tersentuh D':
Tengah2 pakcik tu mencari, datang lagi sorang pakcik lain jalan kaki dengan anak lelaki dia..
Soalan yang sama diajukan..
Pastu terdengar pakcik kedua tu cakap

"Ni tak boleh ni tarik..berat ni..pecah nanti kereta"
Ya Allah berderau darah mendengarnya..dalam hati dah memikir..kena tinggal kereta ke? jangan gitu..tinggalan ayah ni :'( wuwuwu..ada kenangan..

Tiba2 pakcik kedua datang kat tingkap, cakap

"Kami tolak jela kereta you ye..sampai tempat kering sana.."
"Ohh terima kasih pakcik :'D saya nak kena keluar ke? macam berat je saya duk dalam ni.."
"You jaga stereng..free kan gear..turunkan handbreak.."
Maka ditolak la saya ke tempat yang kering..tapi macam tak sempat nak ucap terima kasih sangat..lepas diorang tanya boleh balik rumah sendiri ke tak apa semua, mereka terus pergi..
memang niat nak tolong je..
Terharu!!!! :'(

Maka menapak la saya ke rumah..bersama tudung yang bersambal & sarapan ditangan..hihihi.. :D
makin nak sampai rumah, makin dalam airnya..betul2 sampai depan rumah, air paras peha..fuhhhhh lain macam feeling mengharung air banjir ni tau tak..
Bukan Pesta Air..BUKAN....
Dan kalau perasan, kelajuan peningkatan air tu ketara sangat..dari pagi hantar adik, baru paras2 betis gitu..xsampai sejam, dah paras peha :/
Selama pengalaman saya, ini sangat luar biasa..hmm hmm..

Maka, setelah sampai dirumah, cerita2 dengan mak dulu kejadian tadi..hehe
Pastu mula terfikir macam mana nak amik adik balik sekolah ni kang
Ooomaaayynnn :O
Sekali petang tu, dia tepon, amik kat simpang luar sungai isap je..Alhamdulillah..idok ler kami kena sampai ke bandar..
Tapi still..xtau macam mana cara..sebab 15 minit juge ler nak sampai ke luar tu dengan kereta..
Akhirnya, mak minta tolong jiran..
Dia hantar sekerat jalan je..sebab takut kereta kena air macam i..wawawa..
jadi lepas mak sampai kat adik tu, mereka menapak dari luar tu mengharung air sampai rumah..
saya sendiri pernah jalan kaki, hampir sejam nak tiba rumah..
Kalau ditambah dengan mengharung air?
Memang sampai maghrib la T.T
Kasihannya mak & adikku..
Oh mak siap sempat beli nasik lemak untuk makan malam..dan sikit roti yg keras tu,dan bika..hehe..lilin semua sold out!! fuhhh naya betul kalau black out malam2 nanti :O

Dalam rumah dah paras lutut lepas balik beli sarapan..oh ni mak saya :D

Dalam sejarah penubuhan rumah extra kami, belum pernah rumah yang tinggi ni tenggelam..paling tinggi pun, tenggelam sampai tangga kedua..
Jadi, mak agak yakin untuk terus bertahan je dalam rumah..
Pada malam 3 Disember 2013, saya diberitahu air pasang paling besar bakal berlaku..
Doa yang mampu hanyalah Allah renyaikan hujan.. :(
Dan tiba2, dapat berita, Empangan Sungai Kobat (kot..kalau salah jangan marah..x ingat..huhu) akan dibuka untuk dilepaskan airnya kerana sudah tidak mampu ditampung lagi..
Keadaan lebih bahaya kalau empangan tu pecah..
Jadi, bayangkan..
Air pasang paling besar bertemu hujan yang tidak berhenti dan air empangan :( 
Allah Allah..
Lagi sekali tak dapat tidur..
Selang berapa minit, saya akan menjenguk air dirumah bawah sama ada naik ke berkurang..mak & adik dah tidur..penat mengharung air petang tadi..
Sungai Isap sepi..

Apa yang saya ingat, tahun2 sudah, air belum mencecah peha pun, pasukan Bomba, Polis, RELA sangat aktif & sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya air semakin dalam..tiada istilah takut tidak diselamatkan..Sana sini kelihatan bot & trak mereka bersedia untuk memberikan bantuan..

Tapi tahun ni, air sudah mencecah pinggang..Jalan raya masih sunyi......

Walaubagaimanapun, sepanjang siang, jiran2 tetangga ramai yang meyakinkan mak bahawa mereka akan menghantar bot bantuan kepada kami sekiranya kami bersedia untuk berpindah kerana mereka sedia maklum saya mempunyai seorang adik yang koma..

Jam menunjukkan tengah malam..air mulai naik sedikit demi sedikit dari paras bertahan tadi..
Panik :'O tolongggggg...!!!
Tapi muka cool..kejut mak..bagitau air naik..
Mak cakap dah nak buat macam mana..memang air tengah pasang..mak sambung tidur..
Noooooo!!! makkkkk :'O 
Pastu saya buat milo sebab dahaga..sebab kurang tidur kot..hmm sedap :T
Pastu kejut mak kali kedua..mak tak nak layan..haha :'D
Lawak pula rasanya..
Tak lama tu mak bangun juga..
Tengok air dah nak sampai tangga ketiga..
Dan.kami.hanya.ada.empat.tangga.
Panik level 10..!!! D': 

Mak mula call mereka2 yang menabur janji tadi..
Ada yang bagi jawapan "bot takde la jun..macam mana ye..nanti saya cuba cari.."
Ya Allah baru nak cariiiii D':
Ada yang langsung tak angkat ;(


Sekian sambungan dalam Part 2 pula..
Assalamualaikum..








Dah habis baca ke? Jangan lupa tinggal komen ◕‿◕



Suria Fashion House

ditaip Miss Butang jam 10:35 PM 3 komen

Assalamualaikum
wahh..dah tak ingat ni bila last update..haha :D
ada yang ternanti-nanti ke?

Alhamdulillah..sebenarnya nak mengkhabarkan berita gembira untuk diri saya sendiri..
Kalau nak tumpang gembira pun boleh..heh :D

Pada 16 April 2013, iaitu ulangtahun hari kelahiran mak tersayang, miss butang dah memulakan perniagaan sendiri..!! wah kan :D
Itulah nama online shop setakat ni..Suria Fashion House \(^o^ )/

Suria sempena nama Allahyarham Adik bongsu saya, Muhammad Suria Hidayat Bin Mohd Nasir.

Fashion tu sebab insyaAllah saya akan jual pakaian-pakaian wanita SAHAJA..setakat ni baru mula dengan selendang..hehe..modal kecik bro..what do you expect? (-_-) jenis emo..

House? sebab miss butang berniaga dalam rumah!! haaaahaaa :D
nak kekal dalam rumah je boleh tak? tak nak keluar..wuwuuu

Alhamdulillah setakat ni dah habis beberapa warna (^o^)b *thumbs up*
Terima kasih sangat semua yang sudi memberi kepercayaan & membeli daripada saya (T_T) terharu banyak-banyak.
Ada yang beli dah 3 kali..hah terharunya Ya Allah :'D

Okei dalam next post, saya upload gambar-gambarnya ye..kang letak sini  serabut..hee
Kalau baik hati, boleh la buat tanda good kat page Suria Fashion House saya ey..tapi tak update lagi..baru buat tadi..tengah sesat jalan lagi ni..haha! semoga sabar menanti siput buat kerja memang cemni..
dan siapa ada instagram, boleh la follow suriafashionhouse jugee..
Sekian, Assalamualaikum :D



Gambar malas crop nampak segala harta bawah meja..hoho





Dah habis baca ke? Jangan lupa tinggal komen ◕‿◕



 

Copyright © 2017 Bello Butang. All rights reserved | Sign in, Design