Assalamualaikum..hui orang kampung..wes mangan?
memandai je aku speaking jawa..hehe
Walaupun takde siapa tanya..tapi nak bagitahu juga..miss butang sekarang kerja..
cari nafkah kauuu..jangan memain..dah nampak hidup dengan serius kat situ..
tapi takde la kerja melethop kebaboomm kan..kerja part time aku kira..
tapi tempat kerja punya nama dirahsiakan..hahahahaaa~
Miss butang start berjuang 1 Disember 2012..
jadinya..harini dah hari ke-18 la kan..
haaa..minggu pertama macam nak tanggal segala skru badan..gile ah ding dong aku kerja..berdiri je..
sakit segala urat..memang tak boleh survive dah..nak berhenti sangat2 dah..
tapi cabar diri sendiri jela kan..paling koman sebulan la bro..ape barang berapa hari je..hilang la macho nanti..
10 hari pertama kerja takde cuti..memang psiko kepala hotak aku..minggu kedua baru dapat cuti..
harini pun cuti juga..hihi..sebab tu dapat hupdate ni :8)
Mula-mula masuk kerja, ada 4 orang partner termasuk aku..
tak lama tu, sorang berhenti,,sebab dia baru 15 tahun..part time kan..nak buka sekolah dah pun..yang tu comel je..hidup-hidup aku ingat dia amoi..rupanya melayu..ayah dia chinese Muslim..patut pun cute je muka..hihi
Tak lama kemudian, sorang lagi out..ni sebab berhenti dia panjang sangat nak cerita..so aku postpone..haha!! giler keji..
Maka tinggal aku tertonggeng2 dengan cik adik supervisor yang muda setahun tapi sangat la cool..ema nama beliau..
Mula-mula mintak kerja, aku macam malu tak bertepi kot..aku tenung je iklan Job Vacancy tu buat muka kesian..lepas tu, aku tak mintak kerja pun..haha..balik tangan kosong..bajet tenung lelama dapat kerja otomatik ke hoii..heh
keesokan harinya, aku gagahkan sanubari, pergi lagi sekali kat tempat yang sama..
maka aku pun senyum2 kambing..aku tengok muka si ema ni..aku boleh tanya
"awak melayu ke?"
dia terus tergelak..dia cakap a'ah..
sebab aku ingat chinese mix ke apa kan..sebab macam x melayu sangat..xpun mungkin mata aku yang tak sihat T.T
dia pun tanya la umur aku..pengalaman kerja..sekarang buat apa..bla bla bla..
dia pun mintak nombor telefon aku, nama, & umur..
tiba2 dia tanya..boleh masuk 1 Disember tak?
aku terkezut giler..
aku tanya dia "eh dah kira dapat kerja ke ni? takde bukti ke hape ke? surat ke borang ke? memang dapat ni? serius?"
wah semangat giler aku..haha..first try terus lulus..
dia pun gelak..dapat kerja la ni kata beliau lagi..
beria malu nak tanya kan..haha
Berbalik cerita tadi..tak lama lepas 2 orang tu berhenti, masuk la seorang gadis kecik molek comel2 pakai braces..hehe..sama umur dengan aku..selok aku haa dapat kawan baru..Fadzilah namanya..panggil fazi sudehh..
berlambak kot cerita dengan dia..best haaa aku..mulut tak terkawal berborak..haishhh..
Salah satu ceritanya, kelmarin..aku tanya dia
"Fazi..pernah makan ke biskut Famous Amos tu? sedap?"
dia pun dengan semangat cakap benda tu sedap..dia kata yang bau harum2 bila kita lalu kat sebelah kedai tu, bau biskut tu laaa..tengah kena masak..
aku ni makin teruja nak cuba..aku cakap la aku tak pernah makan..
kena pulak sekarang kewangan aku sangat tak mengizinkan beli sesuatu mengikut kehendak..cukup2 untuk keperluan je kan..jadi kena kontrol la nafsu makan tu haaa..
walaupun destinasi kedai Famous Amos tu sekentut je dari kedai kitorang..haha
Pastu, semalam aku tanya lagi..berapa harga benda tu kan..konon nanti gaji nak la merasa..simpan hasrat..hehe
fazi cakap biskut tu dalam RM8.00 lebih untuk 100gram..
aku pun sengih2..perangai jenis tak pasal asek nak menyengih aku ni
pastu tiba2 dia tanya..
"midah nak makan ke biskut tu?"
aku pun cakap la "haa kenapa? tanak bagitahu nak ke tak nak :p "
kitorang pun gelak2 :D
tak pasal sungguh kan kami ..
Semalam, fazi syif morning..pukul 6.30 dia gerak balik la..aku pun cakap tata la kat dia..jumpa nanti la bagai..hehe
maka tinggal la aku sensorang berdiri kat pintu masuk kedai..tempat kami selalu terpacak mengalu-alukan kedatangan pelanggan..kemain kan berlagak receptionist -..-
sedang aku syok termenung, alih2 nampak dia menuju kearah aku semula..aku pun bertanya mengapa..skema
tiba-tiba dia bagi Famous Amos Chocolate Chip kat aku satu peket!!!
haa nasib tak berkecai air mata akibat terharu T.T
Ya Allah..tak sangka hokeii..haaa rasa macam nak taip perkataan terharu seribu kali je..
dah la kali pertama nak merasa makan benda tu..alih-alih dapat tanpa diduga..memang dia punya excited tu pelik la sikit gayanya..
lagipun kitorang kan baru je kenal..kawan apa semua..diluar jangkaan sangat tetiba orang nak belanja sesuatu yang ermmm...agak bernilai pada aku..hehe..terharunya patik..sayang fazi :')
Aku sorok biskut tu dalam beg telekung..kedekut kan..haha..eh aku punya..sekatilerrr :p
balik kerja, aku duduk tenung je biskut tu..kemain gile..mengalahkan dapat hadiah daripada kekasih..haha..!!
akhirnya aku tak makan pun..
bangun pagi keesokannya, merangkap pagi tadi la kan haa..
aku pun kuatkan hati makan jugak biskut tu..haaa kauuuu..tak boleh berhenti..haha!! nasib masih sedar diri..sebelum habis, sempat bagi kat mak sikit..buat sedap tekak orang kata..orang kata ke aku yang kata? tak kisah..sama je..hoho
nasib bahek la tak lemau..syukur Alhamdulillah :')
Maka, tu jela kisahnya..hehe..
malam semalam selepas ketiadaan fazi, ada la benda yang cam haram jadi kat aku..
haduyaiii..tapi tak nak cerita boleh?? hehe..nanti2 la ye..kang orang cakap aku racist la bagai pulak..hurghh..manusia ni da la jenis suka terjah je..lemas hakuh..puii..benda dah komprem, baru aku cerita dengan penuh keterujaan okei..? ;)
Sehingga bertemu pada waktu & hari yang entah bila aku pun tak pasti..
Assalamualaikum..
yang baik ambil..yang tak senonoh sila buang dalam longkang..
jaga peribadi..hiasai diri dengan akhlak terpuji..solat jangan sesekali tolak tepi..
haaa gituuwww pantun sesuka hati :D
kejadian semalam yang aku duk tenung cookies ni..hiu hiu~ |
tolong fokus kat biskut..bukan kuku aku yg bersaiz gelas tu ;D |